Photobucket

Ke Pulanganku....


Alhamdulillah segala puji bg Allah...
Alhamdulilah petang td baru sahaja selesai lg 1 paper, selepas ni hanya tinggal 4 paper lg. Kesibukkan suasana exam dan dah ramai pelajar junior sibuk untuk megemas barang untuk pulang ke kampung masing2, berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta. Bagi pelajar2 tahun akhir pula, merasakan bahawa ini adalah saki baki masa yang ada untuk bersama dengan sahabat2 kampus.


Hatiku terdetik…
Aku juga ingin pulang tetapi
pulang ke dearah aman yang mampu membekalkan aku dengan kekuatan Kasih dr Ar-Rahman...setelah sekian lama aku mencari jalan pulang. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu hadir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa hamba dlm diri, agar diri akan kembali melangkah berbekal cahaya cerah....


Ketika aku dan kembarku menjejakkan langkah PERTAMA kali ke UMSKAL dan di sini aku temui sesuatu yg sungguh bernilai. Aku tidak menyangka bahwa langkah pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri berpandukan cinta Illahi, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, dan aku menjadikan doa sebagai senjata. Beralaskan keikhlasan dan makna kehidupan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia Islam dlm kehidupan, dan apa yg harus ku lakukan seterusnya...


"Ya Allah..Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong. Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan...


Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan seperti dahulu bila kesunyian menyapa sehingga dapat membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. Mungkin juga selepas keluar dr alam kampus, aku tak punya sahabiah seperti Shila, yg selalu memberikan teguran dan nasihat bila aku melakukan kesalahan. Teman seperti K.Alida, K.syuhaidah yang sering mengingatkan tentang perjuagan. Sahabat seperti Siti Rohaya yang tidak jemu mengajarku untuk mengenal dan membaca Al-Quran dgn baik. Begitu juga dengan sahabat/ah yg tidak lupa memberi peringatan sekiranya aku lalai akan tanggugjawab sebagai seorang Hamba..


"Ya Allah... lindungilah daku dan sahabat/ah ku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini...""Ya Allah YA-Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan.


Suatu ketika dulu, aku adalah insan yang sesat dlm meniti perjalanan hidup. Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.


Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, ''Ya Allah, kabulkanlah permintaan dan keinginan mereka selagi ia membawa kebaikan untuk Islam, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...Ku mohon padaMu Ya Allah, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu..

Exam Oh Exam !!!




Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.


Sekadar Perkongsian bersama ;

Tips Study

1- Perbetulkan niat setiap hari ~ tuntut ilmu kerna cari redha Allah

2- Kekalkan berwudhu

3- Baca doa (keluar rumah, masuk kelas, sebelum belajar, selepas belajar)

4- Buat reading prep5- Bertanya kalau tidak faham. Usah malu, nanti sesat jalan.
6- Hormati guru

7- Banyakkan membaca quran, berzikir, berselawat~ dapat tajamkan minda

8- Selalu doa pada Allah~ minta Allah lapangkan dada kita, beri kita mudah faham dan ingat ilmu, minta Allah berkatkan ilmu yang telah dan akan kita pelajari, minta Allah permudahkan segala urusan kita

9- Minta ibu bapa, saudara2 jauh, kawan2 mendoakan kita~ sangat penting! Doa mendoakan!

10- Jaga makan dan minum. Penting!

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan; iaitu "Lulusan syurga ataupun buangan neraka"

Jalan Tarbiyah...



orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu..

jiwanya takkan lesu...

jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt...

seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlalu penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...

ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

ku kagum pada dirinya...

menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

YA ALLAH...

KUATKAN SAHABAT2KU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA DENGAN SAHABAT..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN

DIRINYA...

DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....



Doa Buat Kalian...













Firman Allah swt:

'' Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah dialah yang mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), maha terpuji''

Surah Fatir : Ayat 15

Wallahu'alam...

Ekonomi Islam


Terasa masa semankin cepat berlalu, hari ni merupakan last kuliah untuk subjek Islamic banking and finance, wal hal subjek ini la yang selama ini ku ingin pelajari, dalami, fahami dan nekad untuk memahami konsep sebenar kewangan dan ekonomi menurut kaca mata Islam. Economi dan kewangan merupakan subjek yang paling ku minati, sejak Tingkatan 4 lagi dan kini hampir tiga tahun aku mempelajari sistem Berbankan dan Kewangan konvensional di Universiti..

Namun pada yang inginku kongsikan bersama ialah tentang keunikan ekonomi Islam yang sukar diertikan oleh pemerhati ekonomi walaupun didominasikan oleh orang islam sendiri. Bagiku, Kesatuan ruang gerak antara ekonomi dan Islam tidak mampu diertikan dengan tepat, ketika seseorang belum mengerti peranan Islam dalam ekonomi.

Tidak dapat dipisahkannya bahawa solat sebagai guru ibadah dan zakat sebagai guru muamalah karena keduanya dalam satu kalimat perintah, menjadi satu pesan jelas bahawa ekonomi dalam Islam memiliki logik yang berbeza dari logik sistem eknomi yang lain.

Penerangan En. Zulkifli dalam kuliah tentang riba, membuatkan ku terfikir, bahawa masyarakat hari ini telah dilingkari dengan konsep riba dan ianya telah menjadi suatu kemestian. Mata masyarakat telah dikaburi dengan pelbagai sistem economi yang diwujudkan oleh barat. Walaupun kita mengetahuai, perintah Allah mengatakan bahawa membenarkan anjuran jual-beli tetapi mengharamkan riba, tetapi sejauh mana peritah Allah swt ini dilaksanakan??
'' Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung''
Surah Al-Imran: Ayat 130

Bagiku menjadi salah satu keunikan ilmu dalam Islam, bukan hanya dalam ekonomi tetapi pada semua cabang ilmu. Kearana memang Islam pada dasarnya merupakan sumber dari segala sumber keilmuan. Pemahaman seperti ini sepatutnya menjadi perhatian awal bagi pemerhati ekonomi Islam.
Perbezaan Ekonomi Islam dan Ekonomi Konvensional

















Apabila pemahaman ekonomi islam ini tidak menjadi sebagai rujukan utama, maka kita akan lihatlah ketempangan analisa, ketidaktepatan pengembangan atau ketidak rasional logika ekonominya. Teringat mesaj dari seorang sahabat '' Jangan berhenti untuk menuntut ilmu yang bukan sekadar cemerlang dari sudut pointer tetapi ada rentetan sehingga menjadi PROFESIONAL MUSLIM dalam bidang masing-masing. Itu Jihad kita kerana kita kekurangan tenaga dalam bidang Profesional Muslim''.


12,000 PELUANG SISWAZAH MENGANGGUR???


15 march 2009, Sabah Kini news

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah (GEMS) yang menawarkan latihan kepada 12,000 siswazah menganggur dalam tempoh dua tahun sebelum berpeluang ditempatkan di syarikat- syarikat milik kerajaan (GLC).

Sambil menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada 4.5 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri percaya GEMS mampu menggiatkan kegiatan ekonomi serta menangani isu pembuangan kerja.
Serentak itu, kata beliau, seramai 5,000 siswazah menganggur akan terlibat dalam program GEMS tahun ini sebelum disusuli 7,000 siswazah tahun depan.''Mengikut anggaran kerajaan, terdapat 60,000 siswazah sukar memperoleh pekerjaan dan kerana itu kerajaan memasukkan penyelesaian masalah ini dalam pakej rangsangan ekonomi pertama.
''Kita berharap GEMS dapat mengurangkan kadar pengangguran yang dijangka meningkat tahun ini tidak termasuk sejumlah 100,000 pekerja yang tidak mendapat elaun kerja lebih masa dengan pendapatan gaji pokok sahaja," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan laman web GEMS iaitu www. mygemsportal.com.my di Kementerian Kewangan di sini hari ini.Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha.
Dalam hubungan ini, Najib yakin melalui pengalaman GLC dalam Program Peningkatan Nilai Siswazah (GREEN) yang dilaksanakan sebelum ini, siswazah-siswazah terbabit dalam GEMS dapat dilatih dengan baik sekali gus memperoleh kelulusan yang melayakkan mereka ditempatkan di pelbagai syarikat naungan GLC.
''Saya harap ini diberi perhatian serius oleh GLC. Selain keuntungan yang diperoleh dan pembayaran dividen kepada kerajaan, GLC dapat memenuhi sasaran sosial negara sekali gus menentukan kesejahteraan rakyat terus terbela.'' Katanya, kadar pengangguran yang besar realitinya bukan sahaja boleh mengundang masalah kepada ekonomi malah membawa kepada masalah sosial.''Setiap tahun, pertambahan graduan dalam pengajian tinggi negara telah membawa kejayaan yang besar serta akses kepada pendidikan tinggi dengan angkanya mencapai 27 peratus.
''Ini bererti setiap tahun, jumlah siswazah yang keluar semakin besar dengan mereka yang berjaya melalui institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mencapai 180,000 orang.''Dengan bilangan besar ini, kita perlu menentukan kemampuan negara untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka," katanya.Sebelum GEMS, Khazanah Nasional Berhad yang merupakan sekretariat Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC telah menggerakkan GREEN bermula 2006 dengan sokongan syarikat-syarikat GLC.Melalui GEMS, pesertanya akan mengikuti latihan peningkatan nilai selama dua setengah bulan sebelum ditempatkan selama enam bulan di pelbagai GLC.Peserta GEMS juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 manakala kediaman akan disediakan semasa mereka mengikuti program latihan peningkatan nilai.GEMS dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur kurang daripada 27 tahun yang memiliki kelulusan ijazah sarjana muda yang diiktiraf dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.5 ke atas.

SOLAT RAWAT PENYAKIT?



HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Prof Dr Wan Abu Bakar (gambar) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot, Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan."Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat.
Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.Ng Siew Chok - Isyarat OtakBeliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala.
Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik."Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanyaWalaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur."Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi TubuhBeliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah."Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,? katanya.Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)."Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh."Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif " Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan."Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.
Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus."Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minitSelain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring."Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )