Cebisan Kehidupan
Published Sunday, December 6, 2009 by in Motivasi
‘’Ayah cuba lihat laut tu, cantik kan’’ kata seorang anak kepada ayahnya.
''Ayah bestkan jadi ikan, ikan tiada masalah, tiada perkara yang perlu difikirkan, boleh berenang kemana-mana sahaja yang mereka inginkan'' sambung si anak lagi.
‘’Ya, cantik. Laut memang cantik dan tenang tapi dalamnya, MasyaAllah, Allah saja yang mengetahui’’. Kata seorang ayah kepada anaknya.
Aku tersentak mendengar perbualan antara ayah dan anak, teringat mesaj seorang sahabiah ‘’Alihkan mata kita ke laut,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya’’. Begitulah juga dengan kehidupan kita riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu tentang rahsia kehidupan kita. Jika kita rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya akan tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.
Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan.
Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
“Terima kasih ya Allah kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”
Wallahua'alam..
Setiap Kesulitan ada Kemudahan
Published Sunday, August 23, 2009 by in Motivasi
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga dan para sahabatnya.
Dalam selang masa silih berganti, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang menggembirakan, menyeronokkan malah kesedihan bahkan mengecewakan. Setiap hari juga, kita dihidangkan dengan suasana persekitaran yang tenang dan selamat (lebih tepat suasana ini bagi kita semua di Malaysia ) atau dalam erti kata lain berada dalam
comfort zone/zon selesa. Sedar tak sedar kini kita berada dibulan Tarbiyah Ramadhan Al-Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini kita sama-sama mendapat rahmat dariNya. Insyallah.
Ambillah hikmah dalam setiap kejadian. Orang yang cerdik akan berusaha untuk mengubah daripada kerugian menjadi untung. Kita mengetahui bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam pasti akan tidurr nyenyak, dan setelah sakit pasti akan sembuh. Setiap yang hilang pasti akan dijumpai, dan kita yakini bahawa dalam kesesatan pasti akan datang petunjuk. Begitu juga apabila kita menghadapi sesuatu kesusahan pasti ada kemudahan.
Firman Allah s.w.t:
‘’ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’’.
( Al- Insyirah : ayat 5 & 6 )
Sirah Rasullah telah mengajar kita, bahawa ketika bersembunyian dari dikejar oleh kaum kafir dalam gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan kepada Abu Bakar R.A bahawa ALLAH yang maha pengasih dan penyayang ada bersama-sama dengan mereka. Sehinggakan rasa aman, tenteram dan tenang datang menyelimuti Abu Bakar R.A. Begitulah juga dengan kehidupan seharian kita, sebaiknya kita sentiasa perlu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan dan jalan keluar dalam setiap musibah yang menimpa. Ketika seseorang memberi segelas air limau, kita perlu menambah sesendok gula kedalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang sempena hari jadi kita, maka kita ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain.
Sejauh mana kita yakin dengan firman Allah s.w.t:
‘’… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu…’’
( Al-Baqarah : ayat 216 )
Sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Tempuhilah kehidupan seharian kita dengan penuh sabar dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.
Wallahu'alam
Mutiara Kata
Published Thursday, June 11, 2009 by in Motivasi
‘’ Semangkin jauh perjalanan kehidupan ini, Semakin dekat kita dengan kematian, semankin bertambah pula bebanan, semankin kurang pula keupayaan. Hanya IMAN & TAKWA akan mampu mengayuh perahu kehidupan ‘’
~ Balqis Muhammad ~
‘’ Jadilah seperti air, kerana ia tidak pernah bisa dibendung dan terbendung, tertutup satu jalan di depan, ia akan berusaha mencari jalan lain, dan terus mencari jalan sehingga benar-benar didapatinya ‘’
~ Umairah Mohd Rasul ~
‘’ Orang yang berbahagia itu adalah orang yang dapat menguasai hatinya sendiri, sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri, lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri’’
~ Umaira Mohd ~
‘’ Kita sering mengimpikan sesuatu yang tidak pasti tetapi tidak pernah mensyukuri setiap nikmat ALLAH yang telah sedia ada ‘’
~ Huda Abdullah ~
‘’ Mangkin kita mendekatiNYA, Mankin kita di Uji, Mangkin banyak kita berdoa, Mangkin banyak ujian menimpa, Kerana segalanya yang dipinta tak akan datang dengan segera, Tetapi akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang di berikan..’’
~ Nur Azzahra Mohd Rafi ~
‘’ Alihkan mata kita ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan tetapi hanya ALLAH saja tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan kita. Riang ketawa tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidpan kita. Jika kita rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang,..’’
~ Umu Umairah bt Abdullah ~
‘’ Buih2 air laksana seperti semangat yang tidak mudah putus asa, adakalanya kita perlukan kehidupan seperti pokok kelapa yang tegar dilanda angin kuat tapi ia tetap teguh dan sukar untuk jatuh, tunaikanlah tanggugjawab sebagai khalifah yang pasti dihitungkan dihadapanNya..’’
~ Falah Adnan~
‘’ Jika kita tidak mampu lakukan semua, jangan kita tinggalkan semuanya .
Al – Faqiir ilaa rabbihi’’
~ Mujahid Khuzairy Mohd~
‘’ Adakalanya kita fakir usaha yang banyak penentu kejayaan. Penentu untuk mendapat kecermelangan. Tidak sama sekali, kerana penentu kejayaan dan kegagalan adalah Allah swt. Manusia hanya mamp berusaha, kerana usaha itu perintah dari ALLAH ‘’
~ Zulkarnain Mohd ~
‘’ Jalan kita ini adalah jalan para nabi & sahabat bermula semenjak nabi Adam hingga ke akhir zaman. Di akhirnya ALLAH menjanjikan kemenangan yang pasti kepada kita yang mahu dengan syarat sanggup bertukar ganti dengan harta, masa, tenaga sekalipun jiwa kita dengan jalan ini. Janji Allah bukan hanya kemenangan tetapi JannahNYA..’’
~ Ustaziatul alam~
‘’ Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang2 sakit yang mendatang, kadang teman tidak sehalua, kadang kecermelangan gagal dicapai, namun itulah ujian, mencari iamn yang teguh, semoga tetap terus bersabar dalam perjuangan, kuatkan kakimu di jalanNYA…’’
~ Mardiah Qudratunain ~
‘’ Selamat bergerak kerja untuk ISLAM…Teruskan melangkah walaupun sakit ‘’
~ Sumayyah Yassir ~













