SALAM MAAL HIJRAH 1431H




Alhamdulillah.. dah masuk tahun baru Islam 1431H..
buku pun dh bertukar baru..

ya Allah, ku panjatkan kesyukuran buatMu Ilahi..
diberi lagi ruang dan waktu untuk mendekatkan diri padaMu..
meskipun kekangan demi kekangan terpaksa dihadapi..
namun ingatan ku masih belum luntur dari mengingatiMu..

terkadang kandas juga berdepan dgn ujianMu..
maka ku mohon jangan Kau sesatkan aku..
tunjukkan ku hidayah Mu yg bernilai itu..
agar ku tergolong dlm kalangan mereka yg mengingatiMu..

seorang teman pernah berpesan
'orang yang hebat ialah org yg mampu mengingati Mu dlm waktu sibuknya'

direnung berulang kali..
ditatap oleh mata hati..
mampukah aku?

Semoga hijrahku menemui tujuannya,
demi mencari cinta utama.
INSYAALLAH~

Cebisan Kehidupan



‘’Ayah cuba lihat laut tu, cantik kan’’ kata seorang anak kepada ayahnya.

''Ayah bestkan jadi ikan, ikan tiada masalah, tiada perkara yang perlu difikirkan, boleh berenang kemana-mana sahaja yang mereka inginkan'' sambung si anak lagi.

‘’Ya, cantik. Laut memang cantik dan tenang tapi dalamnya, MasyaAllah, Allah saja yang mengetahui’’. Kata seorang ayah kepada anaknya.

Aku tersentak mendengar perbualan antara ayah dan anak, teringat mesaj seorang sahabiah ‘’Alihkan mata kita ke laut,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya’’. Begitulah juga dengan kehidupan kita riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu tentang rahsia kehidupan kita. Jika kita rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya akan tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.

Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan.

Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
“Terima kasih ya Allah kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”

Wallahua'alam..

Cita - Cita!!


Penggalian parit terpaksa dihentikan. Sebuah batu besar menghalang di depan mata. Berkali-kali para sahabat Rasullulah s.a.w menghunjam lembing, namun tidak ada tanda-tanda batu itu retak apalagi hancur. Batu itu terlalu keras, tetapi harus dihancurkan. Kalau tidak, Panggilan parit yang akan menjadi benteng pertahanan kaum muslimin daripada ancaman pasukan perikatan musyrikin akan terputus.

Beberapa orang sahabat segera menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu mengenai batu besar itu. Rasulullah pun datang sambil membawa sebilah beliung. Setelah Membaca ‘bismillah’’ baginda menghentam pukulan pertama. ‘’Allahu Akbar’’ Aku diberi kunci membuka negeri Syam Demi Allah, aku melihat istananya yang merah’’, ujur Rasulullah s.a.w begitu melihat percikan sinar menyala akibat kuatnya pukulan baginda menghemtam batu.

Lalu, Rasullulah s.a.w menghentam pukulan kedua. Allahu Akbar!. Aku diberi negeri Parsi. Demi Allah, aku melihat istananya putih’’,ujur Rasulullah s.a.w. Lalu baginda menghentam pukulan ketiga ‘’Allahu Akhbar! Aku diberi kunci negeri Yaman. Demi Allah, aku melihat pintu-pintu Shan’a dari tempatku ini. Aku diberitahu Jibrail bahawa umatku akan mengeuasainya semuanya. Sampaikan berita ini kepada yang lain ‘’ujur Rasullulah kepada para sahabat.

Berita itu segera mendapat cemuhan daripada orang munafik. ’Muhammad hanya memberi angan-angan dan mimpi sahaja. Bagaimana mungkin dia melihat istana Romawi,Parsi dan Yaman dari Madinah. Bagaimana mungkin kamu menguasai negeri sendangkan pekerjaan kamu hanya menggali parit dari hujung ke hujung’’, ejek orang-orang munafik.

Allah s.w.t menurukan firman :

‘’ Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa kepada siapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu’’
(Ali Imran : 26)

Pengajaran :

1) Sebagai seorang muslim, kita harus mempunyai cita-cita yang tinggi. Teriakan Rasullulah s.a.w ketika memukul batu besaritu, bukan slogan tetapi Cita-cita!. Baginda sengaja bercakap dengan suara lantang agar cita-citanya diketahui para sahabat. Baginda ingin cita-ita itu bukan cita-citanya sahaja bahkan menjadi cita-cita muslimin. Terbukti teriakan Rasullulah s.a.w itu benar-benar memberi kesan kepada jiwa para sahabat. Runtuhnya negeri Parsi, dan Romawi menjadi impian mereka. Impian it uterus membara dan membakar semangat mereka untuk berjuang. Hingga akhirnya beberapa puluh tahun kemudian dua kerajaan besar itu di takluk di bawah naungan ISLAM. Cita-cita itu tercapai. Abu Ayyub al-Ansari yang mendengar laungan Rasulullah s.a.w. ketika itu, turut menjadi saksi bakal runtuhnya kerajaan Romawi.

2)Tidak hairanlah kalau orang-orang munafik mentertawakan ucapan Rasullullah s.a.w. itu. ‘’ bagaimana mungkin kamu boleh menguasai negeri Parsi, Yaman dan Romawi, sendangkan pekerjaan kamu hanyala menggali parit dari hujung ke hujung’’ ejek orang-orang munafik. Tetapi begitulah yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya. Memang cita-cita Rasullulah dan kaum muslimin ketika itu setinggi langit, tapi mereka langkah konkrit mereka tetap membumi, menggali parit untuk menghalau serangan pasukan Ahzab. Itu yang harus di teladani oleh kaum muslimin pada ketika ini.

Pesanan untuk semua :

Mengimpikan cita-cita yang tinggi, tidak cukup dengan slogan, laungan dengan syariat islam dalam demostrasi, seminar, dialog ataupun majlis-majlis khusus akan menjadi sia-sia sekiranya tidak diikuti dengan langkah/strategi yang konkrit.

Umat islam harus berada di semua lapisan kehidupan masyarakat, perlu ada yang turun padang kepada masyarakat akar umbi.

Kepada yang telah bekerja, sambil kita bekerja kita juga harus ada cita-cita untuk menletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Itulah yang akan menjadi bahan bakar perjuangan kita yang tidak mungkin padam.

Akhir sekali, buat semua sahabat/ah BADAR UMS KAL generasi ke-3 khususnya, tetapkanlah cita-cita untuk meninggikan syariat ISLAM. Semoga usaha kalian dinilai disisi Allah s.w.t. Pada sahabat yang masih meneruskan pengajian di bumi KAL, study baik2 ye. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Doa mendoakan sesame kita. Saya doakan semoga sahabat/ah mencapai cita-cita yang diimpika. Amin...

* sumber : Dipetik daripada buku Belajar dari 2 Umar


Wallahu’alam

Setiap Kesulitan ada Kemudahan


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga dan para sahabatnya.

Dalam selang masa silih berganti, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang menggembirakan, menyeronokkan malah kesedihan bahkan mengecewakan. Setiap hari juga, kita dihidangkan dengan suasana persekitaran yang tenang dan selamat (lebih tepat suasana ini bagi kita semua di Malaysia ) atau dalam erti kata lain berada dalam
comfort zone/zon selesa. Sedar tak sedar kini kita berada dibulan Tarbiyah Ramadhan Al-Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini kita sama-sama mendapat rahmat dariNya. Insyallah.

Ambillah hikmah dalam setiap kejadian. Orang yang cerdik akan berusaha untuk mengubah daripada kerugian menjadi untung. Kita mengetahui bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam pasti akan tidurr nyenyak, dan setelah sakit pasti akan sembuh. Setiap yang hilang pasti akan dijumpai, dan kita yakini bahawa dalam kesesatan pasti akan datang petunjuk. Begitu juga apabila kita menghadapi sesuatu kesusahan pasti ada kemudahan.

Firman Allah s.w.t:

‘’ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’’.

( Al- Insyirah : ayat 5 & 6 )

Sirah Rasullah telah mengajar kita, bahawa ketika bersembunyian dari dikejar oleh kaum kafir dalam gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan kepada Abu Bakar R.A bahawa ALLAH yang maha pengasih dan penyayang ada bersama-sama dengan mereka. Sehinggakan rasa aman, tenteram dan tenang datang menyelimuti Abu Bakar R.A. Begitulah juga dengan kehidupan seharian kita, sebaiknya kita sentiasa perlu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan dan jalan keluar dalam setiap musibah yang menimpa. Ketika seseorang memberi segelas air limau, kita perlu menambah sesendok gula kedalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang sempena hari jadi kita, maka kita ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain.

Sejauh mana kita yakin dengan firman Allah s.w.t:

‘’… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu…’’

( Al-Baqarah : ayat 216 )

Sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Tempuhilah kehidupan seharian kita dengan penuh sabar dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.

Wallahu'alam

Mutiara Kata




‘’ Semangkin jauh perjalanan kehidupan ini, Semakin dekat kita dengan kematian, semankin bertambah pula bebanan, semankin kurang pula keupayaan. Hanya IMAN & TAKWA akan mampu mengayuh perahu kehidupan ‘’

~ Balqis Muhammad ~


‘’ Jadilah seperti air, kerana ia tidak pernah bisa dibendung dan terbendung, tertutup satu jalan di depan, ia akan berusaha mencari jalan lain, dan terus mencari jalan sehingga benar-benar didapatinya ‘’

~ Umairah Mohd Rasul ~


‘’ Orang yang berbahagia itu adalah orang yang dapat menguasai hatinya sendiri, sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri, lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri’’

~ Umaira Mohd ~


‘’ Kita sering mengimpikan sesuatu yang tidak pasti tetapi tidak pernah mensyukuri setiap nikmat ALLAH yang telah sedia ada ‘’

~ Huda Abdullah ~


‘’ Mangkin kita mendekatiNYA, Mankin kita di Uji, Mangkin banyak kita berdoa, Mangkin banyak ujian menimpa, Kerana segalanya yang dipinta tak akan datang dengan segera, Tetapi akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang di berikan..’’

~ Nur Azzahra Mohd Rafi ~


‘’ Alihkan mata kita ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan tetapi hanya ALLAH saja tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan kita. Riang ketawa tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidpan kita. Jika kita rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang,..’’

~ Umu Umairah bt Abdullah ~


‘’ Buih2 air laksana seperti semangat yang tidak mudah putus asa, adakalanya kita perlukan kehidupan seperti pokok kelapa yang tegar dilanda angin kuat tapi ia tetap teguh dan sukar untuk jatuh, tunaikanlah tanggugjawab sebagai khalifah yang pasti dihitungkan dihadapanNya..’’

~ Falah Adnan~


‘’ Jika kita tidak mampu lakukan semua, jangan kita tinggalkan semuanya .
Al – Faqiir ilaa rabbihi’’

~ Mujahid Khuzairy Mohd~


‘’ Adakalanya kita fakir usaha yang banyak penentu kejayaan. Penentu untuk mendapat kecermelangan. Tidak sama sekali, kerana penentu kejayaan dan kegagalan adalah Allah swt. Manusia hanya mamp berusaha, kerana usaha itu perintah dari ALLAH ‘’

~ Zulkarnain Mohd ~


‘’ Jalan kita ini adalah jalan para nabi & sahabat bermula semenjak nabi Adam hingga ke akhir zaman. Di akhirnya ALLAH menjanjikan kemenangan yang pasti kepada kita yang mahu dengan syarat sanggup bertukar ganti dengan harta, masa, tenaga sekalipun jiwa kita dengan jalan ini. Janji Allah bukan hanya kemenangan tetapi JannahNYA..’’

~ Ustaziatul alam~


‘’ Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang2 sakit yang mendatang, kadang teman tidak sehalua, kadang kecermelangan gagal dicapai, namun itulah ujian, mencari iamn yang teguh, semoga tetap terus bersabar dalam perjuangan, kuatkan kakimu di jalanNYA…’’

~ Mardiah Qudratunain ~


‘’ Selamat bergerak kerja untuk ISLAM…Teruskan melangkah walaupun sakit ‘’

~ Sumayyah Yassir ~

'' Produk Halal Tanggungjawab Bersama''

Alhamdulillah, hari ini hari Rabu bersamaan dengan 18 Jamadilawal 1430H. Segala puji dan puji bagi Allah swt, Tuhan bagi seluruh alam semesta, yang masih mengizinkan kita untuk menghirup udara pagi yang segar..

Hari ini, apabila membaca email-email lama yang diberi oleh sahabat-sahabat (email-email baru pun ada). Saya tertarik dengan 1 email yang dikirimkan oleh kawan saya sewaktu sekolah dahulu tentang isu Halal Haram pada makanan kita hari ini, memang banyak, barang kegunaan harian, minuman, makanan.. Ada yang berpandukan kod E haram yang dinyatakan..
Terutama sekali pada makanan2 & minuman2 ringanlah.. Takut gak kan? Yalah, sebabnya makanan/minuman ni kita makan.. Apa yang kita makan tu, semua akan jadi darah daging kita..

Wallahu'alam..

Bila baca, dan explore2 web untuk mendapatkan info yang ketengahkan isu2 ni kita boleh jadi keliru.. Sebab apa boleh jadi keliru, sebab Jakim kata macam ni, PPIM kata macam ni dan mcm2lah. Jadi keliru, dan timbul perasaan was-was nak makan. Sebab kita tidak tahu sumber yang mana sahih..Perkara-perkara ni semua memang dah lama kita tahu.. Tapi, masih lagi samar-samar bagi diri saya dan mungkin bagi pengguna2 lain sampai sekarang ni. Disini saya ada sertakan artikel mengenai isu Halal Haram pada semua makanan/minuman dan lain-lain. Semoga perkongsian ini manfaat untuk kita bersama,.

Sumber : http://halalguide.org/


Fakta

1 seminar/taklimat telah diadakan antara PERSATUAN PENGUNA ISLAM MALAYSIA dengan pihak JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
khusus mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut secara ringkas produk tersbt dan serba sedikit huraiannya.

COLGATE

Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam~ Bercampur lemak babi. Colgate 125ml yg berada dipasaran sekarang sah diimpot dr Thaland.

AJI NO MOTO

Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ bercampur lemak babi Aji No Moto jg disahkan oleh doktor mengandungi MSG(MonoSodium Glutamate) berlebihan yg boleh mereputkan daging dan mengugurkan RAMBUT dgn cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jln Kuchai Lama (Mysia) disahkan bebas dari lemak babi.

cokLAT
Semua coklat yang diimpot dr luar negara mengandungi lemak babi atau sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.


FISH Cake, Fish baLL, Mee Kuetiow Basah

Keluaran bukan Islam disahkan mengandugi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.

Roti High 5
Roti High 5 HARAM dimakan krn mengandugi/dicampur/diproses dr ragi babi.
S
uatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang irihati dengan pencapaian /kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yg amat peka dengan sensitivity umat Islam mengenai pemakanan halal/haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yg digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS).Ini disahkan oleh Stiausaha PPIM Dr.Maamor Osman. Gardenia disahkan bebas dr campuran lemak babi.

Rempah kari Allagapa, Cap mata, BABAS, SAKHTY

Keempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan utk membuat/menambah/memperelok kuil-kuil H**** di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dgn kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.

Satu perkara lagi yg perlu diberi perhatian ialah nombor 786. Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yg ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka jg melabelkan papan iklan kedai dgn nombor tersbt utk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh.Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal…Di Taiping ada restoran nasi kandar,rotinan dan toseh dr pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***

COCA COLA

Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahu kah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud ‘Laaâ€(tm) Allah Laaâ€(tm)Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua diMalaysia yg berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya diPerak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak.

SARDIN TIN MERAH

Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram~ dimakan. Image Hosted by ImageShack.us

KENTUCKY FRIED CHICKEN
Perkara yg meragukan dlm kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang lain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan. Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas/raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.

TEH HAILAM
Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam Sedap katanya. Minum pula dlm cawan berbunga.TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat.Seorg Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas utk teh tersbt Itulah resepinya.Bunyinya memang lucu ttp itulah hakikatnya.

TESCO IPOH
Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan supaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalam Tesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam ( C*** ) dan mengupah pekerja Melayu utk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai (Western Food ) saja yg disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.

RENUNGAN BERSAMA...
Dipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan ISLAM...

Contoh : Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi sykt pembuat spt bahasa Arab yg kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu/ Islam. Saya juga pernah menggunkan produk2 tersebut, sebenarnya perniagaan ini telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mungkin juga dengan menggunakan nama produk Melayu mudah untuk dipasarkan.

Saya pun kadang2 keliru, keliru, kalau was-was, baik jangan makan.. Lagipun sekarang dah ada alternatif lain, bukan produk tuh ja yang ada.. Produk Muslim sekarang ni dah banyak, jadi kita boleh tukar.. Memanglah mencuba sesuatu yang baru payah bg kita sebagai permulaan...SO,
Apa kata TUKAR PRODUK,

  • Dari Colgate kita tukar ke UBAT GIGI HERBA (HPA)
  • Dari Coke kita tukar ke Radix Cola (HPA)
  • Dari KFC kita tukar ke RFC (HPA)
  • Dari ayam entah mana sumbernya tukar ke ayam organik (HPA)
  • Dari Nugget/Burger/etc non-Muslim tukar ke Nugget/Burger/etc (HPA)

Ke Pulanganku....


Alhamdulillah segala puji bg Allah...
Alhamdulilah petang td baru sahaja selesai lg 1 paper, selepas ni hanya tinggal 4 paper lg. Kesibukkan suasana exam dan dah ramai pelajar junior sibuk untuk megemas barang untuk pulang ke kampung masing2, berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta. Bagi pelajar2 tahun akhir pula, merasakan bahawa ini adalah saki baki masa yang ada untuk bersama dengan sahabat2 kampus.


Hatiku terdetik…
Aku juga ingin pulang tetapi
pulang ke dearah aman yang mampu membekalkan aku dengan kekuatan Kasih dr Ar-Rahman...setelah sekian lama aku mencari jalan pulang. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu hadir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa hamba dlm diri, agar diri akan kembali melangkah berbekal cahaya cerah....


Ketika aku dan kembarku menjejakkan langkah PERTAMA kali ke UMSKAL dan di sini aku temui sesuatu yg sungguh bernilai. Aku tidak menyangka bahwa langkah pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri berpandukan cinta Illahi, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, dan aku menjadikan doa sebagai senjata. Beralaskan keikhlasan dan makna kehidupan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia Islam dlm kehidupan, dan apa yg harus ku lakukan seterusnya...


"Ya Allah..Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong. Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan...


Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan seperti dahulu bila kesunyian menyapa sehingga dapat membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. Mungkin juga selepas keluar dr alam kampus, aku tak punya sahabiah seperti Shila, yg selalu memberikan teguran dan nasihat bila aku melakukan kesalahan. Teman seperti K.Alida, K.syuhaidah yang sering mengingatkan tentang perjuagan. Sahabat seperti Siti Rohaya yang tidak jemu mengajarku untuk mengenal dan membaca Al-Quran dgn baik. Begitu juga dengan sahabat/ah yg tidak lupa memberi peringatan sekiranya aku lalai akan tanggugjawab sebagai seorang Hamba..


"Ya Allah... lindungilah daku dan sahabat/ah ku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini...""Ya Allah YA-Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan.


Suatu ketika dulu, aku adalah insan yang sesat dlm meniti perjalanan hidup. Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.


Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, ''Ya Allah, kabulkanlah permintaan dan keinginan mereka selagi ia membawa kebaikan untuk Islam, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...Ku mohon padaMu Ya Allah, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu..