Photobucket

Cita - Cita!!


Penggalian parit terpaksa dihentikan. Sebuah batu besar menghalang di depan mata. Berkali-kali para sahabat Rasullulah s.a.w menghunjam lembing, namun tidak ada tanda-tanda batu itu retak apalagi hancur. Batu itu terlalu keras, tetapi harus dihancurkan. Kalau tidak, Panggilan parit yang akan menjadi benteng pertahanan kaum muslimin daripada ancaman pasukan perikatan musyrikin akan terputus.

Beberapa orang sahabat segera menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu mengenai batu besar itu. Rasulullah pun datang sambil membawa sebilah beliung. Setelah Membaca ‘bismillah’’ baginda menghentam pukulan pertama. ‘’Allahu Akbar’’ Aku diberi kunci membuka negeri Syam Demi Allah, aku melihat istananya yang merah’’, ujur Rasulullah s.a.w begitu melihat percikan sinar menyala akibat kuatnya pukulan baginda menghemtam batu.

Lalu, Rasullulah s.a.w menghentam pukulan kedua. Allahu Akbar!. Aku diberi negeri Parsi. Demi Allah, aku melihat istananya putih’’,ujur Rasulullah s.a.w. Lalu baginda menghentam pukulan ketiga ‘’Allahu Akhbar! Aku diberi kunci negeri Yaman. Demi Allah, aku melihat pintu-pintu Shan’a dari tempatku ini. Aku diberitahu Jibrail bahawa umatku akan mengeuasainya semuanya. Sampaikan berita ini kepada yang lain ‘’ujur Rasullulah kepada para sahabat.

Berita itu segera mendapat cemuhan daripada orang munafik. ’Muhammad hanya memberi angan-angan dan mimpi sahaja. Bagaimana mungkin dia melihat istana Romawi,Parsi dan Yaman dari Madinah. Bagaimana mungkin kamu menguasai negeri sendangkan pekerjaan kamu hanya menggali parit dari hujung ke hujung’’, ejek orang-orang munafik.

Allah s.w.t menurukan firman :

‘’ Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa kepada siapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu’’
(Ali Imran : 26)

Pengajaran :

1) Sebagai seorang muslim, kita harus mempunyai cita-cita yang tinggi. Teriakan Rasullulah s.a.w ketika memukul batu besaritu, bukan slogan tetapi Cita-cita!. Baginda sengaja bercakap dengan suara lantang agar cita-citanya diketahui para sahabat. Baginda ingin cita-ita itu bukan cita-citanya sahaja bahkan menjadi cita-cita muslimin. Terbukti teriakan Rasullulah s.a.w itu benar-benar memberi kesan kepada jiwa para sahabat. Runtuhnya negeri Parsi, dan Romawi menjadi impian mereka. Impian it uterus membara dan membakar semangat mereka untuk berjuang. Hingga akhirnya beberapa puluh tahun kemudian dua kerajaan besar itu di takluk di bawah naungan ISLAM. Cita-cita itu tercapai. Abu Ayyub al-Ansari yang mendengar laungan Rasulullah s.a.w. ketika itu, turut menjadi saksi bakal runtuhnya kerajaan Romawi.

2)Tidak hairanlah kalau orang-orang munafik mentertawakan ucapan Rasullullah s.a.w. itu. ‘’ bagaimana mungkin kamu boleh menguasai negeri Parsi, Yaman dan Romawi, sendangkan pekerjaan kamu hanyala menggali parit dari hujung ke hujung’’ ejek orang-orang munafik. Tetapi begitulah yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya. Memang cita-cita Rasullulah dan kaum muslimin ketika itu setinggi langit, tapi mereka langkah konkrit mereka tetap membumi, menggali parit untuk menghalau serangan pasukan Ahzab. Itu yang harus di teladani oleh kaum muslimin pada ketika ini.

Pesanan untuk semua :

Mengimpikan cita-cita yang tinggi, tidak cukup dengan slogan, laungan dengan syariat islam dalam demostrasi, seminar, dialog ataupun majlis-majlis khusus akan menjadi sia-sia sekiranya tidak diikuti dengan langkah/strategi yang konkrit.

Umat islam harus berada di semua lapisan kehidupan masyarakat, perlu ada yang turun padang kepada masyarakat akar umbi.

Kepada yang telah bekerja, sambil kita bekerja kita juga harus ada cita-cita untuk menletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Itulah yang akan menjadi bahan bakar perjuangan kita yang tidak mungkin padam.

Akhir sekali, buat semua sahabat/ah BADAR UMS KAL generasi ke-3 khususnya, tetapkanlah cita-cita untuk meninggikan syariat ISLAM. Semoga usaha kalian dinilai disisi Allah s.w.t. Pada sahabat yang masih meneruskan pengajian di bumi KAL, study baik2 ye. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Doa mendoakan sesame kita. Saya doakan semoga sahabat/ah mencapai cita-cita yang diimpika. Amin...

* sumber : Dipetik daripada buku Belajar dari 2 Umar


Wallahu’alam

Setiap Kesulitan ada Kemudahan


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga dan para sahabatnya.

Dalam selang masa silih berganti, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang menggembirakan, menyeronokkan malah kesedihan bahkan mengecewakan. Setiap hari juga, kita dihidangkan dengan suasana persekitaran yang tenang dan selamat (lebih tepat suasana ini bagi kita semua di Malaysia ) atau dalam erti kata lain berada dalam
comfort zone/zon selesa. Sedar tak sedar kini kita berada dibulan Tarbiyah Ramadhan Al-Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini kita sama-sama mendapat rahmat dariNya. Insyallah.

Ambillah hikmah dalam setiap kejadian. Orang yang cerdik akan berusaha untuk mengubah daripada kerugian menjadi untung. Kita mengetahui bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam pasti akan tidurr nyenyak, dan setelah sakit pasti akan sembuh. Setiap yang hilang pasti akan dijumpai, dan kita yakini bahawa dalam kesesatan pasti akan datang petunjuk. Begitu juga apabila kita menghadapi sesuatu kesusahan pasti ada kemudahan.

Firman Allah s.w.t:

‘’ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’’.

( Al- Insyirah : ayat 5 & 6 )

Sirah Rasullah telah mengajar kita, bahawa ketika bersembunyian dari dikejar oleh kaum kafir dalam gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan kepada Abu Bakar R.A bahawa ALLAH yang maha pengasih dan penyayang ada bersama-sama dengan mereka. Sehinggakan rasa aman, tenteram dan tenang datang menyelimuti Abu Bakar R.A. Begitulah juga dengan kehidupan seharian kita, sebaiknya kita sentiasa perlu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan dan jalan keluar dalam setiap musibah yang menimpa. Ketika seseorang memberi segelas air limau, kita perlu menambah sesendok gula kedalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang sempena hari jadi kita, maka kita ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain.

Sejauh mana kita yakin dengan firman Allah s.w.t:

‘’… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu…’’

( Al-Baqarah : ayat 216 )

Sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Tempuhilah kehidupan seharian kita dengan penuh sabar dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.

Wallahu'alam