Doa Buat Kalian...
Published Sunday, March 22, 2009 by in ~ Cinta Agungku ~Firman Allah swt:
'' Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah dialah yang mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), maha terpuji''
Surah Fatir : Ayat 15
Wallahu'alam...
Ekonomi Islam
Published Wednesday, March 18, 2009 by in Ekonomi dan IslamTidak dapat dipisahkannya bahawa solat sebagai guru ibadah dan zakat sebagai guru muamalah karena keduanya dalam satu kalimat perintah, menjadi satu pesan jelas bahawa ekonomi dalam Islam memiliki logik yang berbeza dari logik sistem eknomi yang lain.
Penerangan En. Zulkifli dalam kuliah tentang riba, membuatkan ku terfikir, bahawa masyarakat hari ini telah dilingkari dengan konsep riba dan ianya telah menjadi suatu kemestian. Mata masyarakat telah dikaburi dengan pelbagai sistem economi yang diwujudkan oleh barat. Walaupun kita mengetahuai, perintah Allah mengatakan bahawa membenarkan anjuran jual-beli tetapi mengharamkan riba, tetapi sejauh mana peritah Allah swt ini dilaksanakan??
12,000 PELUANG SISWAZAH MENGANGGUR???
Published Sunday, March 15, 2009 by in SiswazahSambil menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada 4.5 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri percaya GEMS mampu menggiatkan kegiatan ekonomi serta menangani isu pembuangan kerja.
SOLAT RAWAT PENYAKIT?
Published Thursday, March 12, 2009 by in Islam dan SainsHASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Prof Dr Wan Abu Bakar (gambar) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot, Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan."Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat.
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abu bakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya kita mempuyai niat untuk meneladani baginda? Bainda adalah semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak boleh kita meneladani baginda seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Khas Buat diri ini dan sahabat/ah yang disayangi...
Terasa berat bagi kaki ini melangkah kerana setiap hari dosaku semakin bertambah. Namun Allah itu tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan. Oleh itu Dia telah berjanji bahawa: ’Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160]. Serulah asma’ Nya yang terkandung nama-namaNya bagi menenangkan jiwa yang lara. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.’ [Ar-Rad:28]
Agama itu sebuah pencarian wahai sahabatku. Tidaklah Allah mengurniakan hidayahNya kepada mereka yang tidak berusaha '' kita tiada masa tuk berpeluk tubuh''. Walhal Rasulullah s.a.w yang dicintai, kekasihNya jua pergi beruzlah di gua Hira’ sebelum menjadi seorang Rasul. Baginda bermunajat, beribadah dan berdoa. Baginda mengkaji dan mendalami erti kehidupan sambil merenung keindahan ciptaanNya untuk memahami kerosakan dan kehancuran masyarakat arab jahiliah ketika itu. Peristiwa Hijrah sendiri menekankan syariatullah dan sunnatullah bukan semata-mata mengharapkan bantuanNya kerana usaha itu sebahagian daripada tawakal. Oleh itu, ayuh sahabat perkukuhkanlah keinginan dihati, kuatkanlah munajat dimalam harimu. Berdoalah agar Allah melindungimu disetiap langkah hidup mu hingga akhirnya bisa bertemu dengan pemilik mutlak seluruh semesta. Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti Hadis Rasulullah s.a.w :
“Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.” Justeru,marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya.''
Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada saudara seislam kita yang lain.
''Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’[Al-Imran:104].
Sahabatku, jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiada guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka. Sebuah lagu lama yang ingin dikongsi. Suatu masa lalu ia hanyalah sebuah lagu yang didendangkan tanpa hala tuju. Kini aku mengerti setiap sesuatu itu tiadalah dijadikan Nya dengan sia-sia.’Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;’ [Al-Furqan:58].
''Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul mengasihiMu, bertemu dan patuh patuh perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, Maka eratkanlah Ya Allah ikatanya, Kekalkan kemesraan hati-hati ini jalanNya yang sebenar. Penuhnkanlah piala hati ini dengan cahaya rabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawkal kepadamu. Hidup suburkan hati ini dengan ma'rifat tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanla hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuagan agamaMu. Engkaulah sebik-baik sandaran dan penolong. Ya Allah perkenankanla permintaan ini''