Photobucket
Showing posts with label Teman sejati. Show all posts
Showing posts with label Teman sejati. Show all posts

Ke Pulanganku....


Alhamdulillah segala puji bg Allah...
Alhamdulilah petang td baru sahaja selesai lg 1 paper, selepas ni hanya tinggal 4 paper lg. Kesibukkan suasana exam dan dah ramai pelajar junior sibuk untuk megemas barang untuk pulang ke kampung masing2, berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta. Bagi pelajar2 tahun akhir pula, merasakan bahawa ini adalah saki baki masa yang ada untuk bersama dengan sahabat2 kampus.


Hatiku terdetik…
Aku juga ingin pulang tetapi
pulang ke dearah aman yang mampu membekalkan aku dengan kekuatan Kasih dr Ar-Rahman...setelah sekian lama aku mencari jalan pulang. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu hadir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa hamba dlm diri, agar diri akan kembali melangkah berbekal cahaya cerah....


Ketika aku dan kembarku menjejakkan langkah PERTAMA kali ke UMSKAL dan di sini aku temui sesuatu yg sungguh bernilai. Aku tidak menyangka bahwa langkah pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri berpandukan cinta Illahi, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, dan aku menjadikan doa sebagai senjata. Beralaskan keikhlasan dan makna kehidupan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia Islam dlm kehidupan, dan apa yg harus ku lakukan seterusnya...


"Ya Allah..Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong. Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan...


Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan seperti dahulu bila kesunyian menyapa sehingga dapat membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. Mungkin juga selepas keluar dr alam kampus, aku tak punya sahabiah seperti Shila, yg selalu memberikan teguran dan nasihat bila aku melakukan kesalahan. Teman seperti K.Alida, K.syuhaidah yang sering mengingatkan tentang perjuagan. Sahabat seperti Siti Rohaya yang tidak jemu mengajarku untuk mengenal dan membaca Al-Quran dgn baik. Begitu juga dengan sahabat/ah yg tidak lupa memberi peringatan sekiranya aku lalai akan tanggugjawab sebagai seorang Hamba..


"Ya Allah... lindungilah daku dan sahabat/ah ku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini...""Ya Allah YA-Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan.


Suatu ketika dulu, aku adalah insan yang sesat dlm meniti perjalanan hidup. Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.


Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, ''Ya Allah, kabulkanlah permintaan dan keinginan mereka selagi ia membawa kebaikan untuk Islam, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...Ku mohon padaMu Ya Allah, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu..



Khas Buat diri ini dan sahabat/ah yang disayangi...

Terasa berat bagi kaki ini melangkah kerana setiap hari dosaku semakin bertambah. Namun Allah itu tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan. Oleh itu Dia telah berjanji bahawa: ’Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160]. Serulah asma’ Nya yang terkandung nama-namaNya bagi menenangkan jiwa yang lara. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.’ [Ar-Rad:28]


Agama itu sebuah pencarian wahai sahabatku. Tidaklah Allah mengurniakan hidayahNya kepada mereka yang tidak berusaha '' kita tiada masa tuk berpeluk tubuh''. Walhal Rasulullah s.a.w yang dicintai, kekasihNya jua pergi beruzlah di gua Hira’ sebelum menjadi seorang Rasul. Baginda bermunajat, beribadah dan berdoa. Baginda mengkaji dan mendalami erti kehidupan sambil merenung keindahan ciptaanNya untuk memahami kerosakan dan kehancuran masyarakat arab jahiliah ketika itu. Peristiwa Hijrah sendiri menekankan syariatullah dan sunnatullah bukan semata-mata mengharapkan bantuanNya kerana usaha itu sebahagian daripada tawakal. Oleh itu, ayuh sahabat perkukuhkanlah keinginan dihati, kuatkanlah munajat dimalam harimu. Berdoalah agar Allah melindungimu disetiap langkah hidup mu hingga akhirnya bisa bertemu dengan pemilik mutlak seluruh semesta. Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti Hadis Rasulullah s.a.w :


“Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.” Justeru,marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya.''







Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada saudara seislam kita yang lain.

''Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’[Al-Imran:104].


Sahabatku, jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiada guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka. Sebuah lagu lama yang ingin dikongsi. Suatu masa lalu ia hanyalah sebuah lagu yang didendangkan tanpa hala tuju. Kini aku mengerti setiap sesuatu itu tiadalah dijadikan Nya dengan sia-sia.’Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;’ [Al-Furqan:58].






''Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul mengasihiMu, bertemu dan patuh patuh perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, Maka eratkanlah Ya Allah ikatanya, Kekalkan kemesraan hati-hati ini jalanNya yang sebenar. Penuhnkanlah piala hati ini dengan cahaya rabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawkal kepadamu. Hidup suburkan hati ini dengan ma'rifat tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanla hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuagan agamaMu. Engkaulah sebik-baik sandaran dan penolong. Ya Allah perkenankanla permintaan ini''