Photobucket

6 Perkara Untuk Bermotivasi Di Waktu Pagi

6 Perkara Untuk Bermotivasi Di Waktu Pagi 6 Perkara Untuk Bermotivasi Di Waktu Pagi Perkara terbaik yang kita perlu lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

  • Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

  • Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Baca Al-mathurat, seterusnya ''Check list'' perkara yang perlu dilakukan sepanjang hari. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

3. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

  • Bila nak mulakan sesuatu kerja dengan baca bismillah, moga dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat diri kita lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

4. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan.

  • Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

5. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.

  • Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

6. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu.

  • Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.''Mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Firman Allah swt:

'' Demi masa. Sesungguhnya manusia akan berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.''

Al-Asr : 1-3

* p/s: Renungan besama : Sejauh mana kita aplikasikan surah Al- Asr dalam kehidupan seharian. Semoga kita dapat manfaatkan setiap detik masa yang Allah swt kurniakan. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat masa yang Allah kurniakan.?? Jom check list diri...

~Wallahu'alam~