Photobucket

Ke Pulanganku....


Alhamdulillah segala puji bg Allah...
Alhamdulilah petang td baru sahaja selesai lg 1 paper, selepas ni hanya tinggal 4 paper lg. Kesibukkan suasana exam dan dah ramai pelajar junior sibuk untuk megemas barang untuk pulang ke kampung masing2, berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta. Bagi pelajar2 tahun akhir pula, merasakan bahawa ini adalah saki baki masa yang ada untuk bersama dengan sahabat2 kampus.


Hatiku terdetik…
Aku juga ingin pulang tetapi
pulang ke dearah aman yang mampu membekalkan aku dengan kekuatan Kasih dr Ar-Rahman...setelah sekian lama aku mencari jalan pulang. Dulu, sesekali hati berdoa, agar akan ada insan yg mampu hadir, memujuk hati yg mati. Menyiram rasa hamba dlm diri, agar diri akan kembali melangkah berbekal cahaya cerah....


Ketika aku dan kembarku menjejakkan langkah PERTAMA kali ke UMSKAL dan di sini aku temui sesuatu yg sungguh bernilai. Aku tidak menyangka bahwa langkah pertama ini akan mengubah arah hidupku. Mengisi diri berpandukan cinta Illahi, berbekalkan keyakinan tentang kuasaMu Tuhan Al Fattah, dan aku menjadikan doa sebagai senjata. Beralaskan keikhlasan dan makna kehidupan yang dibentangkan, aku cuba mencari jawapan tentang rahsia Islam dlm kehidupan, dan apa yg harus ku lakukan seterusnya...


"Ya Allah..Untuk setiap keputusan yang ku buat, untuk setiap langkah yang ku atur, untuk setiap tindakan yang ku pilih, berikanlah petunjukMu, agar aku tidak tersalah laluan, agar aku tidak tersilap jalan." Saban masa aku berdoa... dan sungguh hanya itu yang aku lakukan. Agar Dia yg akan membuat keputusan, membetulkan apa yang mungkin terpesong, membaiki apa yang mungkin melencong. Sungguh aku tak takut lagi pada kehilangan. Aku redha bersendirian dan kesepian jika itu yang Kau takdirkan. Namun aku tak idamkan perpisahan...


Aku cuma bimbang hati ini terdorong untuk kembali pada kegelapan seperti dahulu bila kesunyian menyapa sehingga dapat membuahkan bisikan dari syaitan yang kejam. Mungkin juga selepas keluar dr alam kampus, aku tak punya sahabiah seperti Shila, yg selalu memberikan teguran dan nasihat bila aku melakukan kesalahan. Teman seperti K.Alida, K.syuhaidah yang sering mengingatkan tentang perjuagan. Sahabat seperti Siti Rohaya yang tidak jemu mengajarku untuk mengenal dan membaca Al-Quran dgn baik. Begitu juga dengan sahabat/ah yg tidak lupa memberi peringatan sekiranya aku lalai akan tanggugjawab sebagai seorang Hamba..


"Ya Allah... lindungilah daku dan sahabat/ah ku dari kejahatan yang Kau ciptakan untuk menguji iman hambaMu yang amat lemah ini...""Ya Allah YA-Aziiz... Kuatkanlah hatiku. Aku mahu mengejar impian untuk menjadi hambaMu yang teguh iman, mencari jalan pulang, bersumbukan cahaya keikhlasan, menumpang kasih dan cinta insan, berpaksikan panduan dariMu, ya Tuhan.


Suatu ketika dulu, aku adalah insan yang sesat dlm meniti perjalanan hidup. Pengalaman hidup yang silam, ingin sekali dicurahkan, mengharapkan yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan, kesilapan lama di perbetulkan, agar hidup melimpah dgn keberkatan, kerana sesungguhnya kita manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan.


Doa yang ku seru bagi diriku dan setiap insan yang kukenali, ''Ya Allah, kabulkanlah permintaan dan keinginan mereka selagi ia membawa kebaikan untuk Islam, jangan Kau perkenankan doaku kalau ianya membawa keburukan... Sesungguhnya Engkau lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaMu...Ku mohon padaMu Ya Allah, terimalah kepulanganku ke sisiMu dan bersihkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu..